Berikut adalah senarai 27 pemain yang telah dipilih untuk menyertai skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih, Peter Cklamovski, bermula Isnin, 10 November 2025. Mereka akan bersiap sedia menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Kumpulan F menentang pasukan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 November 2025.
Cklamovski turut memanggil semula Matthew Davies yang telah pulih daripada kecederaan dan mengenalkan seorang pemain baharu, Ryan Lambert.
#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2027Qualifiers








