Home Sukan Selangor FC Cemerlang Dengan Kemenangan 4-2 Terhadap ATM di KFWK 2026

Selangor FC Cemerlang Dengan Kemenangan 4-2 Terhadap ATM di KFWK 2026

40
0

Highlight KFWK 2026: Selangor FC 4-2 ATM

Selangor FC menutup kempen Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 (KFWK26) dengan meraih kemenangan 4-2 ke atas ATM, yang berlangsung di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, semalam.

Walaupun gagal melayakkan diri ke Separuh Akhir, ketua jurulatih Selangor FC, Farhana Abdullah, percaya KFWK26 telah memberikan peluang kepada banyak pemain muda untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam futsal.

Dari segi statistik, Selangor FC mencatatkan jumlah penyertaan pemain muda paling tinggi dalam edisi KFWK26 kali ini, dengan seramai 14 pemain.

Farhana menyatakan bahawa penyertaan Selangor FC dalam KFWK26 adalah untuk mempersiapkan pasukan menjelang SUKMA Selangor 2026, yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.

Tonton sorotan perlawanan di sini: Sumber Video

FAM #HarimauMalaya #Futsal #KFWK2026



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here