Walaupun masih dalam proses pemulihan selepas diserang strok, seorang bapa dan suami tetap mengorbankan dirinya untuk melakukan perjalanan sekitar 700km setiap minggu demi bertemu keluarganya dan anak-anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Namun, pengumuman terbaru tentang pengurangan subsidi minyak dari 300 liter kepada 200 liter benar-benar membuatkan dirinya resah dan bimbang.
Dia yang merupakan bapa kepada dua orang anak dan memilih untuk tidak dikenali, menyatakan bahawa dia mengeluarkan antara RM750 hingga RM800 setiap bulan untuk perjalanan pergi balik dari Putrajaya ke Johor Bahru setiap minggu.
Menurutnya, penggunaan petrolnya hampir mencapai 250 liter dalam sebulan.
“Rutin ini telah bermula lebih setahun yang lalu,” katanya, yang merupakan seorang penjawat awam dan pernah mengalami strok beberapa tahun lalu.






