Home Hiburan “Saya memohon maaf, sekiranya boleh, berikan saya…” – Azar Azmi dibenarkan keluar...

“Saya memohon maaf, sekiranya boleh, berikan saya…” – Azar Azmi dibenarkan keluar dari tahanan reman hari ini.

3
0

Pelakon Azar Azmi telah mengunjungi Kompleks Mahkamah Seremban hari ini untuk memberikan sokongan kepada suaminya yang menghadapi dua pertuduhan di mahkamah.

Azar, yang nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berumur 35 tahun, dilihat tiba sekitar pukul 10 pagi dengan mengenakan jubah hitam dan pelitup muka, serta ditemani oleh dua orang remaja.

Sewaktu bertemu media di luar mahkamah, pelakon drama Nur itu meminta agar diberi ruang.

“Saya minta maaf, jika boleh berikan ruang kepada saya. Insya-Allah jika ada apa-apa nanti saya akan beritahu,” ujarnya ringkas.

Difahamkan, Azar hadir untuk menyokong suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41 tahun, yang didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan menipu dua mangsa berkenaan urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan.

Tipu Urusan Jual Beli Lembu, Azar Azmi Dan Suami Ditahan Lagi




Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here