Ahli kumpulan DOLLA yang dikenali sebagai Sabronzo sering mencuri perhatian netizen, terutama disebabkan penampilannya yang dianggap sangat seksi. Baru-baru ini, penyanyi ini sekali lagi membuka ruang untuk pelbagai reaksi setelah memuat naik foto di media sosial.
Sabronzo, nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, telah berkongsi hantaran di Instagram di mana dia mengenakan dres pendek dengan corak biru dan hijau gelap yang menyerlahkan bahagian belakang dan paha. Dalam kapsyen, terdapat emoji pokok kelapa.
Hantaran tersebut mengundang kontroversi di kalangan netizen, di mana sesetengah daripada mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan penampilan penyanyi yang semakin seksi itu.
“Makin teruk lah dia ni. Adoyaii, tak teruk tak Kelantan laa.”
“Murahnya, bagi orang lain tonton badan.”
Walau bagaimanapun, di sebalik kritikannya, terdapat juga peminat yang mempertahankan Sabronzo dan menzahirkan kekaguman terhadap bentuk tubuhnya yang langsing.






