Drip Jumaat, Glowing Sabtu, Wad Ahad? Hentikan Praktik Berbahaya Ini!
Malam Jumaat ini pasti ramai yang telah menempah slot, bukan untuk futsal, tetapi untuk “Drip Putih” atau “Vitamin C Cocktail”. Alasannya: “Sabtu ada konsert/kenduri, nak nampak putih dan bersinar dalam sekejap.”
Pakejnya juga murah, RM150 sekali suntik. Boleh panggil ke rumah, berbaring di sofa, dan ‘beautician’ (tanpa kelayakan perubatan) akan membantu mencari urat.
Kesan Negatif ‘Putih Segera’:
-
Masalah Buah Pinggang (Acute Kidney Injury): Badan manusia memerlukan Vitamin C dalam kuantiti rendah, sekitar 70-90mg sehari. Namun, dalam drip ini, dosnya boleh mencecah antara 1000mg hingga 5000mg. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pembentukan kristal dalam buah pinggang, yang kemudian membawa kepada batu karang dan kerosakan kekal.
-
Jangkitan Darah (Sepsis): Adakah jarum yang digunakan benar-benar steril? Teknik suntikan tersebut bersih? Adakah campurannya disediakan di tempat yang bersih? Sekali kuman masuk ke saluran darah, risiko sepsis meningkat dan boleh mengakibatkan kematian dalam 24 jam.
-
Penggunaan Bahan Terlarang (Glutathione): Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah mengesahkan penggunaan suntikan Glutathione untuk memutihkan kulit. Apa yang disuntik mungkin berasal dari produk tidak diketahui.
Matematik yang Jelas:
Kos Drip Putih: RM150
Kos Dialisis Seumur Hidup: RM3,000 – RM4,000 sebulan.
Pesanan Penting:
Lebih baik memiliki kulit sawo matang daripada berisiko mengalami masalah kesihatan. Kulit putih tidak bermakna sihat jika akhirnya terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.
Cantik itu Subjektif, Sihat itu Wajib.
Fikirkan… Sihat adalah keutamaan!






