Home Lifestyle Raya dan Kebijaksanaan Kewangan: Jangan Pinjam Sesuka Hati

Raya dan Kebijaksanaan Kewangan: Jangan Pinjam Sesuka Hati

4
0


Raya bukanlah alasan untuk meminjam tanpa batas.

Apabila seseorang menolak permintaan, bukanlah tanda dia sombong.
Ia juga tidak bermakna dia tidak memahami kesusahan orang lain.
Atau kurang rasa prihatin.

Mungkin dia juga punya tanggungjawab keluarga.
Mungkin dia ada komitmen yang perlu diuruskan.
Atau dia hanya ingin menjaga harta yang sudah susah payah dikumpulkannya.

Permintaan yang dibuat seolah-olah arahan adalah tidak wajar.
Bila ditolak, terus memainkan emosi.
Mengungkit jumlah anak.
Mengungkit kesulitan hidup.
Cuba untuk membangkitkan rasa bersalah.

Itu bukan cara yang baik untuk meminta.
Ia adalah manipulasi.

Menolong orang di hari raya adalah perkara mulia.
Namun kebaikan tidak seharusnya dianggap sebagai tanggungjawab.

Kadangkala, jawapan yang paling baik semasa raya ialah:
maaf, saya tidak dapat membantu.

Dan orang yang matang akan memahami tanpa perlu menjadikan kita tertekan.

#AdabBeraya #RayaDenganHormat #JanganAmbilKesempatan #JagaDiri


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here