Setiap tahun, musim Raya pasti membawa suasana yang ceria dengan berbagai persiapan dan pembelanjaan untuk orang-orang tercinta.
Jika dirancang dengan baik, perbelanjaan di musim Raya boleh menjadi lebih bijak dan sistematik, sehingga setiap ringgit dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Mari kita lihat cara mudah untuk mengurus dan menghabiskan wang dengan lebih bijak bersama Maybank.
Menangi baucar percutian bernilai RM10,000
Di samping membuat persiapan untuk perayaan, anda berkesempatan untuk menikmati ganjaran menarik.
Melalui kempen Debit & Save oleh Maybank, pelanggan hanya perlu menyimpan atau melakukan transaksi debit untuk berpeluang memenangi baucar percutian bernilai sehingga RM10,000.
Lebih menarik, terdapat juga RM1,000 cashback yang boleh dimenangi. Jadi, selain daripada menguruskan kewangan dengan lebih baik, anda berkesempatan mengumpul ganjaran dan mungkin membawa keluarga bercuti tanpa terlalu risau tentang kos.
Permudahkan urusan luar negara dengan Maybank Global Access Account-i
Ketika bercuti, pastinya kita mahu berbelanja, bukan? Dari menempah hotel, membeli makanan, cenderamata hingga tiket masuk ke tempat-tempat menarik di lokasi pilihan.
Dengan Maybank Global Access Account-i, anda boleh menyimpan dan menukar sehingga 18 mata wang tanpa sebarang yuran penukaran.
Hanya bayar RM5 untuk makanan dan minuman
Siapa yang tidak suka promosi, bukan? Terutamanya jika boleh menikmati makanan atau minuman kegemaran dengan harga lebih rendah, hanya RM5!
Oleh itu, jangan lepaskan peluang dengan Tawaran RM5 dari Mastercard Kredit & Debit Maybank. Pelanggan berpeluang mendapatkan berbagai jenama makanan dan minuman terpilih pada harga RM5 hanya dengan menggunakan kad kredit atau debit Mastercard.
Memupuk tabungan di musim Raya
Musim Raya merupakan saat terbaik untuk mengurus kewangan dengan lebih tersusun. Di saat sibuk membeli persiapan, cuba cari cara untuk meningkatkan simpanan demi masa depan yang lebih terjamin.
Dengan Maybank e‑Islamic Fixed Deposit‑i, pelanggan berpeluang menikmati kadar keuntungan sehingga 3.55% setahun. Ini adalah pilihan simpanan yang mematuhi Syariah, sesuai bagi mereka yang ingin menyimpan dengan lebih selamat.
Pembiayaan untuk pelbagai keperluan
Bagi mereka yang ingin mengurus kewangan dengan cara yang lebih fleksibel, Pembiayaan Peribadi-i Maybank memberikan penyelesaian untuk pelbagai keperluan seperti perbelanjaan peribadi, pendidikan, atau komitmen penting yang lain.
Pelanggan boleh memohon pembiayaan sesuai dengan kemampuan kewangan, menjadikan perancangan kewangan lebih teratur.
Bagi mereka yang bercita-cita menunaikan ibadah di Tanah Suci, Pembiayaan Peribadi-i untuk Haji & Umrah membantu mempermudah perancangan perjalanan Haji atau Umrah.
Pembiayaan yang mematuhi Syariah ini memberi peluang kepada pelanggan untuk merancang kewangan terlebih dahulu agar perjalanan ibadah dapat dilakukan dengan tenang.
Dalam pada itu, Pembiayaan ASB-i Maybank sesuai untuk mereka yang ingin membina masa depan kewangan melalui pelaburan tanpa memerlukan banyak modal tunai untuk memulakan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman rasmi Maybank. Ikuti Maybank di Facebook dan Instagram.






