Pelakon Puteri Balqis mengesahkan bahawa dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan pengarah terkenal, Michael Ang, berikutan isu yang sedang hangat dibincangkan di media sosial.
Dalam satu posting di Instagram, Puteri Balqis, yang lebih dikenali sebagai Aqish, meminta maaf jika nama Michael Ang terheret dalam kontroversi yang sedang berlaku, walaupun hal tersebut tidak melibatkan pengetahuan atau kehadiran mereka.
“Sekiranya ada isu yang berkaitan dengan kami dan Michael Ang tanpa pengetahuan kami, dan beliau terkena tempiasnya, saya, Puteri Balqis dan ibu saya, Ashikin, memohon maaf di atas segala kesalahan.
“Dari pihak kami, tiada masalah antara kami dan Michael Ang,” jelasnya.
Aqish juga berkongsi pengalamannya bekerja dengan Michael Ang, meskipun hanya untuk tempoh yang pendek. Dia menyatakan bahawa pengarah itu banyak membantunya ketika menghadapi masalah kesihatan pada masa lalu.
Di samping itu, Michael Ang turut memberi maklum balas mengenai kenyataan Puteri Balqis. Beliau menyatakan bahawa pelakon tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan yang memerlukan permohonan maaf.





