Tahukah anda bahawa sebaik sahaja kita niat untuk berpuasa, badan kita sebenarnya memulakan proses “Factory Reset” dalam skala besar? Ini yang akan berlaku secara berperingkat selama 30 hari:
🌅
HARI 1: Fasa Pemberontakan
Badan terkejut kerana tiada glukosa yang masuk. Otak mula “marah”. Sebab itu, pada hari pertama, anda mungkin akan merasa pening, lesu, dan sakit kepala. Badan sedang mencari simpanan gula (glikogen) dalam hati.
HARI 5: Proses Penukaran Energi
Setelah simpanan gula habis, badan mula menggunakan LEMAK sebagai sumber tenaga (Keton). Ketika ini, anda mungkin merasakan badan lebih ‘ringan’ dan tenaga lebih stabil, dan yang ajaibnya, rasa lapar juga berkurang!
HARI 10: Pembersihan Diri (Autofagi)
Inilah keajaiban yang sebenar. Sel-sel dalam badan mula ‘makan’ dan membuang sel-sel yang rosak, tua, atau berpenyakit. Sistem penghadaman pun rehat, menjadikan perut lebih selesa.
HARI 20-30: Proses “Upgrade” Diri
Berat badan mulai berkurang. Lemak degil di perut (visceral fat) semakin berkurang. Hormon menjadi lebih stabil dan paling penting, rintangan insulin juga menurun!
🚨 TAPI ADA SATU SYARAT BESAR… 🚨
Sistem 30 hari yang hebat ini akan terbatal, hancur, dan sia-sia jika pada waktu azan Maghrib, anda langsung “balas dendam”!
Mabukkan diri dengan dua gelas air sirap bandung, lima biji kuih muih manis, dan nasi tambah dua kali. Gula akan melonjak (Spike*), insulin melonjak tinggi, dan badan mula menyimpan LEMAK dengan lebih banyak.
Puasa adalah penyembuhan untuk tubuh. Jangan jadikan waktu berbuka sebagai racun. Tahun ini, mari kita berpuasa dengan benar agar dapat menjadi versi badan yang lebih sihat.
Source






