Home Sukan Persiapan Mantap Skuad Futsal Malayan Tigress Menjelang Sukan SEA: Hari Ketujuh Latihan...

Persiapan Mantap Skuad Futsal Malayan Tigress Menjelang Sukan SEA: Hari Ketujuh Latihan Pusat

40
0


Hari ketujuh latihan intensif bagi skuad futsal Malayan Tigress menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand telah berlangsung di WOS Subang Elite, Subang Jaya petang tadi.

Skuad yang dilatih oleh Edgar Eder Baldasso itu sedang giat mempersiapkan diri untuk menghadapi aksi Kumpulan A dalam acara Futsal Wanita, di mana mereka akan menentang Filipina pada 13 Disember dan tuan rumah, Thailand pada 14 Disember 2025.

Dua pasukan teratas dari Kumpulan A dan Kumpulan B (yang terdiri daripada Vietnam, Myanmar, atau Indonesia) akan melangkah ke separuh akhir pada 16 Disember, diikuti dengan pertandingan untuk pingat gangsa dan final pada 18 Disember 2025.

#FAM #HarimauMalaya #Futsal #MalayanTigress #SEAGames2025


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here