Home Lifestyle Persetujuan Suntikan Vaksin HPV: Langkah Pertama Menuju Kesihatan Remaja

Persetujuan Suntikan Vaksin HPV: Langkah Pertama Menuju Kesihatan Remaja

35
0


Balik dari sekolah, anak perempuan membawa borang persetujuan untuk suntikan vaksin HPV yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Mak ayah terus berkerut dahi, dan group WhatsApp mulai gaduh dengan mesej-mesej yang tidak jelas asal usulnya.

“Eh, jangan bagi anak cucuk! Nanti mandul tak dapat beranak!”
“Budak itu baru Tingkatan 1, jika cucuk vaksin ini, nanti buat benda yang tak senonoh!”

Allahuakhbar. Mari kita hentikan penyebaran mitos yang tidak berasas ini segera.

Menolak borang itu sebenarnya membuka peluang kepada Kanser Serviks untuk meragut nyawa anak perempuan anda di masa hadapan!

Fakta kesihatan yang wajib diketahui oleh ibu bapa:

1. Kanser yang Boleh Dicegah: Virus HPV adalah penyebab utama kanser serviks, yang merupakan kanser ketiga tertinggi membunuh wanita di Malaysia. Khabar baik, ia adalah satu-satunya kanser yang BOLEH DICEGAH dengan berkesan melalui vaksin!

2. Kos Yang Tinggi: Jika anda pergi ke klinik swasta, kos untuk mendapatkan suntikan penuh HPV mungkin mencecah lebih RM1,000! Namun, kerajaan Malaysia menyediakan vaksin ini secara PERCUMA kepada pelajar perempuan. Kenapa anda mahu menolak “perisai percuma” yang bernilai ribuan ringgit ini?

3. Tiada Kaitan Dengan Mandul: Ini adalah mitos paling besar dalam bidang perubatan. Vaksin ini berfungsi untuk merangsang antibodi tubuh melawan virus HPV dan tidak menjejaskan rahim atau ovari anak anda. Sebaliknya, ia melindungi rahim mereka daripada bahaya kanser di masa hadapan!

Jangan biarkan anak perempuan kita menjadi mangsa kejahilan kita sendiri.

Bila anak membawa borang itu, bacalah, fahamilah, dan tandatanganlah di ruangan SETUJU. Ini adalah hadiah pelindung nyawa yang paling berharga daripada seorang ibu bapa untuk masa depan anak perempuannya.

Kongsikan pos ini. Tag pasangan dan ibu bapa yang mempunyai anak perempuan di sekolah menengah!

#vaksinHPV #kanserserviks #kanserpangkalrahim #kesihatanwanita #KKM #publichealthmalaysia


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here