Home Sukan Perancangan Strategik NFDP: Membentuk Hala Tuju dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih dan...

Perancangan Strategik NFDP: Membentuk Hala Tuju dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih dan Kakitangan Teknikal

34
0

Jurulatih dan Kakitangan Teknikal Mulakan Perbincangan Perancangan, Hala Tuju & Visi NFDP

Hari ini, satu mesyuarat dalam talian telah dilaksanakan yang melibatkan jurulatih serta kakitangan teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), di bawah pimpinan Pengarah Teknikal NFDP yang baru, Datuk Ong Kim Swee.

Mesyuarat ini menjadi platform awal untuk kami berkongsi rancangan, hala tuju dan visi masa depan dalam memastikan kesinambungan dan kemajuan program pembangunan pemain di negara ini.

Perkara utama yang dibincangkan termasuk proses peralihan NFDP serta cabaran-cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh transisi ini.

Dengan fokus utama untuk memastikan program ini terus berkembang dan diperbaiki, kami bertekad untuk melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, mengikut kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam mengendalikan dan mengembangkan program ini.

Kami memahami bahawa tanggungjawab ini bukan mudah dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak.

Walaupun cabaran yang ada besar, kami percaya bahawa dengan perancangan yang teliti, komunikasi yang terbuka dan kesefahaman yang kukuh, objektif program dapat diperkukuhkan dan dicapai secara beransur-ansur.

Keutamaan kami adalah untuk membangunkan asas yang kukuh, meningkatkan kualiti pembangunan pemain, serta memastikan arah program ini sejalan dengan matlamat jangka panjang bola sepak negara.

Kami yakin bahawa melalui kerjasama erat antara jurulatih, kakitangan teknikal dan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Majlis Sukan Negara (MSN), NFDP dan AMD, program ini akan terus maju sebagai platform utama dalam melahirkan bakat muda berkualiti untuk masa depan bola sepak Malaysia.

Gambar NFDP



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here