Home Lifestyle Peranan Wanita: Antara Tanggungjawab dan Kebebasan Pilihan

Peranan Wanita: Antara Tanggungjawab dan Kebebasan Pilihan

3
0

Ada wanita yang diminta untuk tidak bersiap, tidak bekerja, tidak keluar, dan pelbagai larangan lain. Semua ini dikatakan demi menjaga maruah, atas dasar kasih sayang, atau kononnya untuk mengelak perhatian orang lain.

Namun, lelaki yang sama secara senyap-senyap mencari wanita lain yang lebih seksi, bergaya, dan berpenampilan menarik—wanita yang selama ini dia hina di hadapan isterinya sendiri.

Mengapa ada lelaki yang bersikap ‘double standard’ sebegini?

KESILAPAN INI BUKAN PADA ANDA.

Dalam psikologi, sesetengah individu suka mempunyai pasangan yang mudah dikawal kerana itu memberikan mereka rasa kuasa dan keselamatan. Mereka menginginkan isteri sebagai simbol kesucian dan kepatuhan untuk diri sendiri. Pada masa yang sama, mereka memburu keterujaan dan fantasi di luar rumah, dengan menilai wanita berdasarkan dua kriteria yang berbeza.

  1. Kuasa & Kawalan
    Mereka mahu isteri menjadi “patuh dan tertutup” untuk merasakan keselamatan dan kekuasaan. Sementara itu, wanita lain berfungsi sebagai objek nafsu dan hiburan untuk meningkatkan ego mereka.

  2. Pemikiran Terbelah
    Dalam pemikiran mereka, terdapat dua kategori: “Isteri mesti suci dan membosankan” dan “Keinginan/Fantasi untuk wanita lain”. Mereka gagal melihat wanita sebagai individu yang boleh bersikap baik, berharga, tetapi juga menawan dan berdikari.

  3. Projection & Insecurity
    Sebenarnya, mereka merasa tidak selamat dan takut akan kehilangan kuasa. Mereka khuatir isteri akan sedar akan nilai diri dan mengambil langkah berdikari, jadi mereka cuba ‘mematahkan sayap’ isteri dari awal.

Apabila suami berhubungan dengan wanita yang sangat berbeza, ini BUKAN menunjukkan anda ada kekurangan. Sebaliknya, ia adalah cerminan kelemahan dalaman, nafsu, dan hipokrasi suami yang tak matang dalam merangkumi cinta dan komitmen.

Berhenti menyalahkan diri sendiri. Anda adalah individu yang sempurna, cuma berada di tangan orang yang salah yang tidak menghargai anda.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here