Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, KJ dan Shahril kembali ke dapur dalam segmen Kuali Sekejap bersama chef terkenal, Chef Anis Nabilah.
Segmen ini sebelum ini dikenali sebagai Masak Sekejap, kini diberi nafas baru dengan nama Kuali Sekejap atas cadangan penonton, kerana ia lebih sesuai dengan jenama KS. Satu idea yang bijak, kan?
Dalam episod pertama ini, Shahril sudah pun menerima ‘teguran’ daripada Chef Anis. Betul ke? Untuk tahu lebih lanjut, jom kita lihat.
Chef Anis Berkongsi Tips Bagi Mereka Yang Jarang Memasak
Untuk episod pertama, Shahril dan Chef Anis memasak hidangan lazat iaitu Nasi Goreng Ulam, yang disajikan bersama Udang Goreng Tepung Rangup.
Sambil memasak, Chef Anis turut memberikan beberapa tips berguna bagi mereka yang jarang berada di dapur.
Ramai orang bimbang untuk memasak kerana takut hidangan yang dihasilkan tidak sedap. Oleh itu, Chef Anis mencadangkan agar anda merasai masakan dalam beberapa tahap untuk memastikan rasa seimbang; tidak terlalu kuat atau tawar. Ambil perhatian ya!
Selain itu, penting untuk mempunyai bahan penyelamat di dapur. Contohnya, jenama Bestari! Siapa yang tak kenal, kan?
Jenama ini terkenal di kalangan ibu-ibu di Malaysia, bukan hanya menjimatkan masa tetapi juga membantu memastikan rasa hidangan mantap!
Dalam episod ini, Chef Anis menggunakan dua bahan dari Bestari: Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna Rempah Kaw Kaw Pedas dan serbuk perasa Goreng Goreng Kampung.
Chef Anis menyatakan bahawa serbuk perasa Goreng Goreng Kampung mengandungi pelbagai ramuan, dan ia boleh digunakan untuk semua masakan bergoreng seperti nasi goreng, mi goreng, dan bihun goreng.
Penting untuk tahu bahawa dengan penggunaan bahan dari Bestari, anda dapat jimat lebih banyak masa.
“Kalau tak ada ni, kena tambah lagi 15 minit tau!” – kata Chef Anis.
Jika anda ingin tahu apa yang berlaku semasa mereka memasak, sama ada Shahril benar-benar ditegur oleh Chef Anis, jangan lepaskan peluang untuk menonton episod penuh di laman YouTube rasmi Keluar Sekejap Lagi.
Dengan Bestari, Segalanya Menjadi Mudah & Sedap!
Segmen Kuali Sekejap ini adalah hasil kerjasama dengan Bestari, di mana pelbagai resipi akan dikongsi menggunakan produk Bestari.
Jadi untuk mengetahui hidangan yang akan datang, dan bagaimana Shahril dan KJ beraksi di dapur, pastikan anda mengikuti segmen Kuali Sekejap di Facebook, Instagram, dan YouTube!





