Isu yang melibatkan bekas peserta program realiti nyanyian Mentor, Azmirul Hafiz, yang dituduh curang di bazar Uptown terus menjadi topik hangat setelah muncul penjelasan daripada beliau.
Dalam satu hantaran yang viral, Azmirul memberikan alasan mengenai tindakannya yang dilihat berlaku di khalayak ramai.
Dalam penjelasannya, beliau mengakui perbuatannya adalah untuk menarik perhatian isterinya.
“Memang saya lakukan ini di depan orang ramai.. hanya untuk mendapatkan perhatian dari seorang isteri.. yang sudah 4 hari tiada khabar.. tidak tanya langsung tentang suami yang di sini…”
Tambahnya, dia merancang segala perkara ini kerana merasa tidak mendapat perhatian yang sepatutnya dari pasangan hidupnya.
“Saya merancang semua ini.. kerana merasakan isteri sudah tiada rasa terhadap saya.. ketika saya bertanya, adakah dia masih sayang.. saya cuba untuk melupakan, tetapi tidak mampu.. saya sudah sangat fed up.”
Sambil itu, Azmirul juga menjelaskan bahawa keadaan rumah tangganya nampak semakin terabai, termasuk persiapan menjelang Aidilfitri.
“Wow, Hebat Azmirul..” – Isteri Serbu Bekas Penyanyi Realiti TV ‘Kantoi’ Curang Di Sebuah Lokasi
Dia juga menyatakan bahawa dia terpaksa menguruskan segala hal berkaitan anak-anak seorang diri dan mengakui tidak mampu menghadapi situasi ini tanpa sokongan.
“Perkara tentang anak sudah diuruskan oleh isteri sebelum ini.. saya tidak tahu perkara ini boleh terjadi.. semua, tolong selamatkan rumah tangga kami.. saya tidak sanggup menanggung sendirian…”
Kejadian itu menjadi viral setelah isterinya memuat naik video yang menunjukkan dia menyerang suaminya yang bersama wanita lain di bazar, yang seterusnya mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.






