Tolong basuh pinggan, tetapi dia mengaturkan pinggan tanpa menghiraukan saiznya. Tolong jemur kain, tetapi hasilnya tidak tersusun dengan baik. Tolong lipat kain, namun cara dilakukannya senget dan tidak teratur. Apabila kita menegur, dia cepat terasa dan akhirnya mogok tidak mahu melakukan lagi. Betul-betul membuatkan rasa geram!
Para isteri sekalian, adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini?
Sebelum kita menganggap suami sebagai “pemalas”, marilah kita memahami sedikit mengenai Psikologi Komunikasi Lelaki dan fenomena yang dipanggil ‘Maternal Gatekeeping’.
Sebenarnya, lelaki kadang-kadang BUKAN TIDAK MAHU untuk membantu di rumah.
Namun, mereka menjadi lemah semangat kerana setiap kali mereka mencuba, semua yang dilakukan tidak memenuhi harapan isteri. Jika mereka membantu, ditegur; jika tidak membantu, tetap juga ditegur. Lama-kelamaan, mereka memilih untuk tidak melibatkan diri lagi.
🧠 Kenapa Suami Nampak ‘Hilangg’ Dalam Kerja Rumah?
Cara lelaki mengatasi tugasan berbeza. Mereka lebih tertumpu kepada hasil akhir dan bukan pada butiran kecil. Pada suami, “Yang penting, baju itu sudah dilipat.” Namun, bagi isteri, “Baju itu perlu dilipat mengikut warna dan bucu yang tajam!”
Di sinilah ‘Maternal Gatekeeping’ terjadi, di mana isteri secara tidak sedar menetapkan piawaian yang terlalu tinggi sehingga suami berasa terpinggir.
Untuk menjaga Kesihatan Mental dan keselarasan dalam rumah tangga, mari kita tukar pendekatan:
💡 TIPS UNTUK ISTERI: BERIKAN ARAHAN JELAS & TEGAS
Lelaki memerlukan arahan yang jelas. Daripada berkata: “Abang tak nampak rumah bersepah?”,
lebih baik katakan, “Abang, tolong sapu sampah di ruang tamu, dan buang plastik pampers ke tong luar.”
Turunkan sedikit standard (Let go of perfection). Jika suami melipat kain sedikit senget, pejamkan mata.
Hargai usahanya terlebih dulu, sebelum perlahan-lahan menunjukkan cara yang betul.
TIPS UNTUK SUAMI: JANGAN AMBIL KESEMPATAN
Jangan jadikan alasan “isteri selalu marah” sebagai tiket untuk tidak mengambil tanggungjawab (Weaponized Incompetence). Jika tidak tahu, tanyalah. Jika melakukan kesilapan, betulkan. Kerja rumah adalah tanggungjawab bersama, bukan tugas isteri semata-mata.
Apabila komunikasi menjadi lebih lembut, arahan lebih jelas, dan kedua-dua pihak kurang menghukum, maka rumah akan terasa lebih harmoni. Setuju?
Source






