Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Kapten Izham Ismail atas kepimpinan luar biasa beliau sepanjang perkhidmatannya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG).
Di bawah kepimpinannya, MAG telah meraih pelbagai pencapaian yang membanggakan dan FAM sangat menghargai kerjasama yang telah terjalin, yang turut memberi sumbangan besar kepada perkembangan bola sepak negara.
FAM juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kapten Nasaruddin A. Bakar (Kapten Nasa) atas pelantikannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG yang baru, bermula 1 Februari 2026.
Kami berharap untuk memperkuatkan lagi kerjasama dengan Kapten Nasa dan MAG demi kemajuan bola sepak Malaysia.
Bersama, kita akan mencapai kejayaan yang lebih tinggi!
—
The Football Association of Malaysia (FAM) wishes to express its utmost appreciation to Datuk Captain Izham Ismail for his exceptional leadership during his tenure as Group Managing Director of Malaysia Aviation Group (MAG).
Under his leadership, MAG has achieved numerous proud milestones, and FAM greatly values the collaboration that has significantly contributed to the advancement of football in the country.
FAM would also like to extend its congratulations to Captain Nasaruddin A. Bakar (Captain Nasa) on his recent appointment as the new President and Group Chief Executive Officer of MAG, effective from 1 February 2026.
We look forward to strengthening our partnership with Captain Nasa and MAG as we work towards the growth of Malaysian football.
Together, we will soar to even greater heights!
Source






