Home Lifestyle Pelindung Utama: Kenapa Casing Tebal Penting untuk Telefon Anda

Pelindung Utama: Kenapa Casing Tebal Penting untuk Telefon Anda

57
0


Kita rela melindungi telefon dengan casing tebal.
Kita akan membungkus barang-barang dapur agar tidak pecah.
Kita sanggup menghabiskan wang untuk kereta mahal, tint yang berkualiti, dan aksesori moden.

Namun, ketika membabitkan keselamatan nyawa anak, mengapa masih ada alasan?

Sejak lima tahun, Malaysia mewajibkan penggunaan car seat.
Mulai 1 Januari 2020, undang-undang ini ditetapkan dengan matlamat utama: melindungi nyawa anak-anak kecil setiap kali mereka menaiki kereta.

Namun, statistik yang ada kini cukup membimbangkan.

Kajian oleh MIROS menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat hanya sekitar 50%, walaupun peraturan ini telah berkuat kuasa selama setengah dekad.

Dalam pada itu, data kemalangan menyatakan bahawa kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun menyumbang 43.8% daripada mangsa kemalangan di dalam kenderaan persendirian, manakala mereka yang berusia 5 hingga 9 tahun pula menyumbang 30.2%.

Ini bukan angka yang boleh dipandang ringan. Ini melibatkan nyawa anak-anak kita.

Satu fakta global yang perlu kita ambil berat: penggunaan car seat yang betul dapat mengurangkan risiko kematian atau kecederaan sebanyak 50–80%.
Hanya dengan satu langkah mudah, iaitu meletakkan anak dalam car seat, separuh risiko boleh dielakkan.

Car seat bukanlah satu trend atau satu perkara yang sekejap.
Ia adalah perisai utama di dalam kereta ketika situasi kecemasan berlaku dalam sekelip mata.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here