Pelatih Baharu NFDP Memulakan Sesi Persekolahan Tingkatan 1 🚌 🎒 🏫
Semalam, 39 pelatih baharu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah melapor diri di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang. Hari ini, mereka memulakan sesi persekolahan Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang.
Generasi pelatih AMD 2013 ini merupakan kumpulan pertama yang diterima selepas NFDP diambil alih secara teknikal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dengan Datuk Ong Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal yang baru.
Pihak sekolah juga telah mengadakan sesi taklimat untuk ibu bapa, dihadiri oleh ketua jurulatih skuad AMD B-13, Hassan Sazali Waras, bersama penolong ketua jurulatih Fadzli Saari dan Fauzi Kassim, serta jurulatih penjaga gol, Firdaus Mohamad.
Sementara itu, di AMD, Kim Swee sedang melakukan perbincangan dan merancang program bersama barisan kejurulatihan skuad AMD untuk B-14, B-15, B-16, dan B-17, serta pencarian bakat melalui barisan pendidik jurulatih.






