Home Sukan Pelantikan Mohd Shazli Sebagai CEO MFL: Langkah Strategik Menuju Transformasi Liga

Pelantikan Mohd Shazli Sebagai CEO MFL: Langkah Strategik Menuju Transformasi Liga

29
0

MFL Umum Pelantikan Mohd Shazli sebagai CEO MFL

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan pelantikan En. Mohd Shazli Shaik Mohd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, berkuatkuasa pada 1 Februari 2026.

En. Mohd Shazli telah memangku jawatan CEO MFL sejak 3 Mac 2025 dan mempunyai latar belakang yang kukuh dalam pengurusan bola sepak, terutama dalam memastikan kelancaran operasi pertandingan dan urusan sekretariat MFL. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL yang dimulakannya pada tahun 2018.

Menurut Dato’ Ab Ghani Hassan, Presiden MFL, pemilihan En. Mohd Shazli sebagai CEO diharapkan dapat memperkasakan badan pengelola liga profesional negara sesuai dengan visi strategik Liga Malaysia.

“Pengalaman dan dedikasi yang ditunjukkan oleh En. Mohd Shazli sepanjang bersama MFL, terutamanya semasa beliau memangku jawatan CEO, mengukuhkan keyakinan Lembaga Pengarah MFL bahawa beliau adalah pilihan yang tepat untuk memimpin organisasi ini,” katanya.

“Semoga pelantikan ini dapat memperkuatkan pengurusan Liga Malaysia yang kini berada di pertengahan musim 2025-2026,” tambahnya lagi.

En. Mohd Shazli juga merupakan bekas pemain remaja Pulau Pinang dan pernah bertugas sebagai Ketua Unit Pertandingan di Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dari 2015 hingga 2018. Sebelum itu, beliau memimpin Unit Pertandingan FAM (2013-2014) dan adalah Ketua Unit Bolasepak NFDP di MSN (2010-2012), serta terlibat dalam pengurusan skuad kebangsaan dan pertandingan FAM dari 2003 hingga 2006.

LigaMalaysia #DemiLigaKita



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here