Baru-baru ini, media sosial menjadi gempar dengan pendedahan tentang dakwaan adanya budaya gelap dalam institusi ketenteraan, khususnya berkaitan dengan persundalan wanita yang dikenali sebagai ‘yeye’, yang didakwa memenuhi keinginan segelintir pegawai tentera di dalam kem.
Isu yang tular ini bukan hanya menimbulkan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, tetapi juga menjejaskan pelakon Taufiq Hanafi, yang terkenal melalui filem aksi ketenteraan PASKAL The Movie.
Melalui satu hantaran di Threads, Taufiq menjelaskan bahawa dia hanyalah seorang pelakon yang memerankan watak dalam filem ketenteraan dan bukan anggota tentera sebenar, berikutan pertanyaan netizen berkaitan isu ‘yeye’ yang hangat dibincangkan.
Di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dengan situasi yang dihadapi Taufiq, dan ada yang memanfaatkan kesempatan tersebut untuk berkongsi pengalaman serta pendedahan mengenai budaya ‘yeye’ yang didakwa telah wujud sejak sekian lama.






