Pelakon, Alqal Sahar, telah membuat satu pendedahan mengejut apabila mengakui bahawa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual semasa kecil.
Lebih menyedihkan lagi, Alqal mendakwa perbuatan kejam itu dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan darah dengannya.
“Saatnya tiba, aku akan menceritakan pengalaman pahit di mana aku di LIWAT oleh darah daging sendiri berulangkali. Ya Allah.. walaupun aku terlihat bahagia ketika kecil dengan berlakon sana-sini, hakikatnya DENDAMku masih menghantui fikiran. Adakah lebih penting menjaga AIB atau mengingat titik hitam yang tak pernah hilang ini?”
“Keluargaku berasal dari golongan susah, dengan ramai adik beradik. Sejak kecil aku berlakon untuk membantu keluarga, dari Johor ke KL seorang diri tinggal di rumah mak uda (Makbell). Di situlah aku dipaksa melakukan perkara yang jijik.”
“Aku berusaha untuk mencari wang, dan pada usia 17 tahun, aku melarikan diri dari rumah itu. Tidak sanggup lagi menghadapi zaman kanak-kanak aku yang dipaksa oleh binatang jantan itu. Aku percaya ramai pelakon kanak-kanak zaman itu juga mengalami nasib yang sama, dan kini masih ada anak-anak yang terjebak, tetapi mereka takut untuk bersuara,” ujarnya.
Alqal, yang pernah membintangi drama Diari Ramadan Rafique, menyatakan bahawa pengalamannya yang pahit terpaksa dipendam selama bertahun-tahun demi kelangsungan hidup dan untuk menyokong keluarga yang kurang berkemampuan. Pendedahan ini adalah satu luahan terhadap trauma yang masih menghantuinya hari ini.






