Pelakon Pekin Ibrahim telah membantah tuduhan yang menyatakan beliau dan isterinya, Mona Allen, merayakan Hari Natal seperti yang viral di media sosial baru-baru ini.
Menurut Pekin, nama penuhnya Mohd Iznan Ibrahim, mereka berada di majlis itu hanya untuk menghadiri sambutan hari lahir anak seorang rakan baik dan keluarga terdekat.
Kami cuma merayakan hari jadi anak kepada dua orang kawan. Salah seorang yang diraikan tidak berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam.
Saya dan Mona sebenarnya mempunyai ramai saudara yang tidak beragama Islam.
Kami juga hanya bermain permainan ‘musical chair’ dan tidak bertukar hadiah.
Mengenai pakaian yang dikenakan, Pekin menjelaskan mereka memakai baju tidur kerana majlis itu berlangsung di rumah keluarga dan bersifat tertutup.
Oleh kerana itu, kami tidak membuat ‘post’ atau ‘live’ tentang majlis tersebut. Hanya pembantu rumah yang membuat ‘live’ dan pada awalnya saya ingat dia cuma merakam video.
Selain itu, pelakon dari filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit ini menyatakan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar isterinya yang tidak bertudung, yang menyebabkan kekeliruan.
Tular Video Mona Allen Sambut Krismas & Bertukar Hadiah, Netizen Kecam – “Terus Tak Minat, Hipokrit”
Kami baru saja sampai di rumah dan tengah keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu, dan Mona memegang anak yang sedang tidur, jadi tidak ada masa untuk dia memakai tudung.
Kami pun tidak sedar ada kawan Mona yang membuat ‘live’ ketika kami tiba, tetapi Mona sudah menegur kawannya untuk memindahkan kamera kerana dia tidak bertudung. Sebab itu dalam video yang seterusnya, Mona sudah mengenakan tudung.
Oleh itu, bagi saya, orang yang menyebarkan video itu sehingga menjadi tular adalah munafik kerana ia dapat menimbulkan fitnah dan perlu bertanggungjawab di hadapan Allah di akhirat nanti.






