Penyanyi Nubhan baru sahaja berkongsi detik yang penuh emosi dengan menghadiahkan katil baru kepada ibunya, Mak Jenny, sebagai kejutan.
Menurut Nubhan, katil lama menyukarkan ibunya untuk bangun atau mengubah posisi badan, terutama dengan faktor usia yang semakin meningkat mengakibatkan pergerakan Mak Jenny menjadi sukar.
“Mak tidak mengalami sakit yang serius. Cuma, dengan usia yang semakin tua, keadaan tubuhnya juga tidak sekuat dahulu. Kini, mak semakin tidak bertenaga.”
“Saya tidak mampu membalas segalanya, tetapi sekurang-kurangnya saya ingin memastikan mak merasa selesa,” tambahnya.






