Home Lifestyle Nasib Ikan Kecil: Dilema Dalam Tangki Bersama Predator

Nasib Ikan Kecil: Dilema Dalam Tangki Bersama Predator

21
0


Seekor ikan pike pernah dimasukkan ke dalam tangki yang mengandungi ikan kecil sebagai mangsanya. Awalnya, ikan tersebut cepat berenang untuk menangkap mangsanya, tetapi terdapat penghadang lutsinar di tengah yang membuatnya berkali-kali terlanggar dinding itu dan gagal. Selepas beberapa cubaan, ikan tersebut akhirnya berhenti mencuba.

Lebih menyedihkan, walaupun penghadang tersebut dibuang, ikan itu tidak lagi berenang ke arah mangsanya. Bukan kerana ia tidak mampu, tetapi kerana ia telah “belajar” bahawa usahanya tidak akan berhasil. Kisah ini dikenali sebagai efeks Pike, atau dalam istilah psikologi yang lebih tepat, learned helplessness.

Situasi ini juga relevan dalam kehidupan manusia.

Ada individu yang bukan malas atau tidak ingin berubah. Namun, mereka telah mengalami terlalu banyak kegagalan dan kekecewaan, sehingga mereka percaya tidak ada gunanya untuk terus mencuba.

Mereka yang pernah disakiti menjadi takut untuk mempercayai. Mereka yang pernah diketawakan menjadi takut untuk bersuara. Mereka yang telah gagal berulang kali berasa letih untuk memulakan semula.

Akhirnya, penghalang sebenar bukan lagi wujud, tetapi ingatan kepada kegagalan lalu.

Bahaya terbesar apabila luka emosi dibiarkan berlarutan adalah ia boleh membuat seseorang berasa terperangkap, biarpun pintu untuk keluar telah terbuka. Dalam psikologi, keadaan ini merujuk kepada pengalaman berulang yang membuat seseorang merasa hilang kawalan dan berhenti mencuba walaupun ada peluang.

Oleh itu, jika anda melihat seseorang yang mengelak, mudah berputus asa, atau kehilangan semangat, jangan cepat menghukum mereka sebagai lemah.

Mungkin mereka terperangkap dalam ketakutan yang mereka alami sebelum ini. Mungkin mereka bukan tidak mampu. Mungkin mereka hanya belum percaya bahawa “dinding” yang menghalang itu sudah tiada.

Proses untuk sembuh kadang-kadang tidak bermula dengan keberanian besar. Ia mungkin hanya memerlukan satu percubaan kecil, satu langkah, satu suara, atau satu usaha untuk percaya kembali.

Kerana ada luka yang tidak terlihat di permukaan, tetapi cukup kuat untuk menghentikan seseorang daripada bergerak maju.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here