Pada hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak, di atas semua empat pertuduhan salah guna kuasa serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua Hakim perbicaraan, Datuk Collin Lawrence Sequerah, dalam sesi pembacaan keputusan di Istana Kehakiman, Putrajaya, menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah berhasil membuktikan kes terhadap tertuduh tanpa sebarang keraguan yang munasabah, seperti yang dilaporkan oleh Buletin TV3.
Perbicaraan 1MDB: Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara, Denda RM11.4 Bilion Terhadap Najib
“Pihak pendakwaan telah membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan yang munasabah berkenaan pertuduhan pertama. Oleh itu, saya mensabitkan tertuduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” ujar hakim tersebut.
Dalam kes pengubahan wang haram, mahkamah telah mensabitkan Najib di atas 21 kesalahan.






