Pelakon Aishah Azman telah memberi penjelasan berikutan dakwaan seorang wanita yang mengaku bahawa aktres itu telah memanggilnya ‘kelam’ dalam satu hantaran mengenai jenama kasut terkenal di media sosial.
Dalam satu posting di Threads, Aishah meminta maaf atas cara penyampaian katanya yang mungkin menimbulkan salah faham antara mereka.
Terima kasih kerana mengingatkan saya. Saya mohon maaf jika ungkapan saya tidak menyenangkan.
Saya tidak mempunyai niat sedemikian. Saya ingin menjelaskan bahawa komen saya tidak ditujukan kepada anda atau untuk melabel sesiapa sebagai kelam.
Aishah juga menegaskan bahawa hantaran itu dibuat semata-mata untuk memberi sokongan kepada rakannya, bukan untuk menyasarkan mana-mana individu.
Tujuan hantaran saya adalah untuk memberikan perhatian kepada rakan saya dari pihak Adidas.
Tiada niat untuk merendahkan sesiapa atau mencetuskan salah faham. Saya menghargai anda yang bersuara mengenai isu ini. Saya harap penjelasan ini memadai.
Isu ini menjadi perhatian setelah hantaran tersebut disalah tafsir oleh beberapa pihak, namun respons Aishah dianggap sebagai usaha untuk meredakan situasi dan memperjelas persepsi.






