Home Hiburan “Menampilkan Gadis ‘Yeye’, Termasuk Mini Bar…” – Seorang individu mendedahkan isu ‘Budaya...

“Menampilkan Gadis ‘Yeye’, Termasuk Mini Bar…” – Seorang individu mendedahkan isu ‘Budaya Mess Pegawai’, netizen menuntut siasatan lebih mendalam.

34
0

Sebuah akaun di Threads kini menjadi perhatian setelah mendedahkan adanya budaya tidak sihat yang didakwa telah lama berleluasa di kalangan segelintir pegawai beruniform, di dalam dan luar kawasan kem.

Melalui beberapa kongsian oleh pemilik akaun itu, beliau menyatakan rasa terkejut dan marah terhadap apa yang digambarkan sebagai “budaya berpanjangan” melibatkan penyalahgunaan kuasa, pergaulan tidak bermoral, serta tingkah laku yang bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Antara tuduhan yang diutarakan termasuk kewujudan minibar di dalam mess pegawai, penglibatan pegawai bawahan untuk membeli alkohol, dan kemasukan wanita ke dalam kawasan kem untuk memenuhi hasrat pegawai atasan. Isu ini turut melibatkan pegawai yang telah berkeluarga, mengundang kemarahan dan rasa jijik dalam kalangan netizen.

Luahan pemilik akaun tersebut meminta agar isu ini tidak diabaikan, selain menyeru orang ramai untuk menyebarkan pendedahan tersebut supaya pihak berwajib dapat memberikan perhatian yang sewajarnya.

Mess pegawai



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here