Home Lifestyle Memahami Mitologi Kesuburan: Peranan Penting dalam Merancang Zuriat

Memahami Mitologi Kesuburan: Peranan Penting dalam Merancang Zuriat

2
0


Banyak abang kita beranggapan bahawa untuk mendapatkan zuriat, cukup dengan hanya melakukan hubungan intim.

Namun, pernahkah anda berfikir tentang kualiti “tentera” yang dihantar untuk berjuang?

Adakah mereka perenang Olimpik, atau sekadar mengapung keletihan?

Sains menunjukkan bahawa apa yang anda makan hari ini akan mempengaruhi kualiti sperma dalam 2 hingga 3 bulan mendatang.

Proses pematangan sperma mengambil masa lebih kurang 74 hari. Jadi, jika anda mengamalkan diet nasi kandar dengan kuah banjir dan teh tarik tiga lapis, itu sebenarnya sabotaj kepada kilang benih anda.

Untuk mendapatkan tentera yang berkualiti, kemampuan berenang yang baik dan tidak cacat, pemakanan yang tepat sangat penting:

Pertama, ambil lemak baik daripada ikan salmon, sardin, atau kacang walnut. Omega-3 berfungsi sebagai pelincir yang menjadikan membran sperma fleksibel dan kuat berenang.

Tanpa lemak baik, sperma akan kekurangan tenaga.

Kedua, konsumsi sayur hijau gelap seperti bayam dan brokoli yang kaya dengan folate. Kekurangan folate boleh meningkatkan risiko kelainan bentuk sperma (kerosakan DNA).

Ketiga, jangan lupa mineral seperti Zink dan Selenium yang boleh diperoleh dari biji labu atau tiram. Zink adalah kunci penting untuk hormon testosteron; kekurangan zink akan mengurangkan jumlah sperma.

Keempat, ambil antioksidan dari buah beri atau tomato. Ini berfungsi melindungi sperma daripada stres oksidatif yang boleh merosakkan DNA.

Yang paling penting, kurangkan pengambilan gula dan makanan ultra-proses. Gula berlebihan boleh mencetuskan keradangan dalam badan, sekali gus merendahkan kualiti sperma. Merokok juga adalah racun utama yang merosakkan kualitas sperma.

Ingat, perubahan dalam kualiti benih tidak berlaku dalam sekelip mata; ia memerlukan pelaburan masa 3 bulan. Jika anda bermula dengan pemakanan sihat hari ini, kesan akan nampak selepas 74 hari. Jangan tunggu hingga pemeriksaan di klinik baru anda menyesal apabila melihat tentera anda “goyang kaki.”

Jaga kilang anda, mulai makan dengan bijak dari sekarang.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here