Berapa lama yang diperlukan untuk lupakan bekas kekasih sepenuhnya? Ini jawapan sains.
Setiap kali berdepan dengan perpisahan, soalan yang sering terlintas di fikiran adalah, “Bilakah rasa sakit ini akan berakhir?” atau “Bilakah aku dapat lupakan dia?”
Ada yang berkata, masa akan menyembuhkan luka. Namun, soalan sebenarnya adalah berapa lama?
Sebuah kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science telah memberikan jawapan yang mungkin mengejutkan.
Penyelidik dari Universiti Illinois Urbana-Champaign memeriksa 328 individu dewasa yang pernah menjalin hubungan lebih dari dua tahun dan telah berpisah.
Mereka menganalisis tahap keterikatan emosi peserta terhadap bekas pasangan berbanding orang asing.
Berita baiknya: Statistik menunjukkan hampir semua orang akan “move on” dan akhirnya memutuskan ikatan emosi dengan bekas kekasih. Perasaan terhadap bekas pasangan akan sama seperti kepada orang yang tidak dikenal.
Berita buruknya: Proses ini memakan masa yang cukup lama.
Kajian itu menemukan bahawa purata seseorang memerlukan 4.18 tahun untuk meredakan ikatan emosi separuhnya.
Untuk ikatan itu benar-benar hilang? Kajian itu meramalkan bahawa ini mengambil masa sekitar lapan tahun secara purata.
Para saintis juga menemukan beberapa fakta menarik mengenai proses “move on”:
-
Memiliki pasangan baru tidak mempercepatkan proses. Tidak kiralah anda sudah berpasangan atau masih bujang, ia tidak mempercepatkan proses melupakan bekas kekasih. Lelaki dan wanita juga mengambil masa yang hampir sama.
-
Kehadiran anak mempercepatkan proses. Pasangan yang mempunyai anak bersama mula dengan ikatan emosi yang lebih kuat, tetapi ikatan itu pudar lebih cepat berbanding pasangan tanpa anak.
-
Hentikan ‘stalk’. Faktor utama yang melambatkan proses “move on” adalah jika anda masih berhubungan dengan bekas kekasih. Mereka yang mengalami kegelisahan juga lebih sukar untuk melepaskan kenangan.
Jadi, jika anda baru putus dan masih mengenang-nengang, jangan terlalu menghukum diri. Otak anda sedang memproses kehilangan yang besar, dan bukti biologi menunjukkan ini bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata.
Beri diri anda masa untuk sembuh, dan jangan lupa untuk memblokir nombornya.






