Home Hiburan “Mangsa Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri, Menerima Kelemahan dan Kekuatan yang Ada”...

“Mangsa Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri, Menerima Kelemahan dan Kekuatan yang Ada” – Video Lama Isteri Da’i Syed Mencuri Perhatian.

15
0

Isteri pendakwah terkenal, Da’i Syed, Hana Ismail, menjadi perhatian warganet selepas satu klip video lama tular semula, yang memaparkan kenyataannya berhubung ‘mesej’ kepada mangsa rogol.

Dalam video yang dikongsikan di aplikasi X, Hana diminta berkongsi nasihat untuk mangsa rogol yang sedang menghadapi tekanan dan depresi. Dalam jawabannya, Hana menyarankan agar mangsa belajar memaafkan diri terlebih dahulu sebelum menjelaskan isu tersebut secara terbuka.

“Saya ingin memberitahu bahawa kita semua menghadapi ujian.”

“Saya merasakan simpati terhadap apa yang berlaku kepada mangsa, tetapi saya ingin dia memahami bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi dengan orang lain. Kadang-kadang, yang kita perlukan adalah untuk berdamai dengan diri sendiri.”

“Maafkanlah diri sendiri terlebih dahulu. Terima segala kelemahan dan kelebihan diri. Belajar untuk memaafkan diri. Harus berdamai dengan takdir.”

Namun, video berdurasi hampir seminit itu mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap kenyataan tersebut tidak peka dan mempertikaikan kepekaan Hana terhadap perasaan mangsa.

Tular Fail Penuh Sabitan Kes Rog*l Da’i Syed, Netizen Tak Sangka – “Sangat Kejam!”

Isu ini kembali dibincangkan berikutan perkembangan terkini dalam kes jenayah yang melibatkan suaminya. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed untuk kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Da’i Syed tetap berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Adlin Abdul Majid setelah meneliti keseluruhan rekod perbicaraan dan hujah dari pihak pendakwaan dan pembelaan.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here