Home Lifestyle Makna Tersembunyi di Sebalik Bahu dan Tengkuk Keras

Makna Tersembunyi di Sebalik Bahu dan Tengkuk Keras

31
0


Ada yang menganggap ketegangan di bahu dan tengkuk itu perkara remeh.

Hanya perlu sapu sedikit minyak.
Picit-picit sedikit.
Esok boleh teruskan hidup seperti biasa.

Namun, ada badan yang telah lama menanggung beban ketegangan.
Terlalu lama duduk dalam keadaan salah.
Terlalu lama bekerja tanpa henti.
Terlalu lama menyimpan keletihan, hingga otot menjadi tempat tekanan.

Itulah sebabnya ada yang bangun pagi dengan tengkuk yang berat.
Baru di pertengahan hari, bahu sudah mulai kaku.
Nak pusing kepala pun terasa tidak selesa.

Kadang-kadang, itu bukan sekadar tekanan mental.
Itu adalah tanda bahawa tubuh anda telalu lama berjaga, menahan, dan tidak memberi ruang untuk bersantai.

Jangan biarkan kesakitan itu dianggap biasa.
Tubuh yang sentiasa tegang juga memerlukan perhatian, sama seperti jiwa yang sering penat.

#KesihatanAwamMalaysia #KesihatanFizikal #PosturBadan #TandaKepenatanTubuh


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here