Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri mengakui bahawa dia sedang berusaha keras, termasuk menjalankan kerja sampingan untuk membayar hutang kepada individu yang telah menggunakan khidmat pelancongannya sebelum ini.
Dalam satu perkongsian di platform Threads, Kim Seri yang sebenarnya bernama Seri Azlina, mendedahkan beliau pernah menerima tawaran wang tunai daripada sebuah klinik pembedahan plastik.
Dia menjelaskan bahawa tawaran tersebut disertakan dengan kontrak dua tahun yang mengharuskan beliau untuk menjalani pembedahan dan turut mempromosikan klinik tersebut.





