Ramai yang suka gunakan ungkapan seperti ini dalam nada bergurau.
“Aku ada sedikit OCD, semua benda aku nak kemas.”
“Aku jadi tak boleh tengok barang tak simetri, OCD aku muncul.”
Namun, apa yang ramai maksudkan sebenarnya adalah sifat perfectionist.
Itu bukan OCD.
OCD bukanlah sekadar tentang cerewet atau suka menyusun barang.
OCD adalah gangguan mental yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kegelisahan yang ekstrem, rasa bersalah, dan ancaman seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku jika mereka tidak melakukan sesuatu secara berulang.
Akibatnya, ada individu yang mencuci tangan hingga terluka.
Ada pula yang perlu memastikan pintu kunci berulang kali.
Ada yang terus mengira, menyusun, membersihkan, atau berdoa. Ia bukan kerana mereka “suka kemas”, tetapi kerana otak mereka tidak membenarkan mereka berasa tenang jika berhenti.
Jika anda mengalami hal ini, ingatlah bahawa anda bukan lemah.
Anda bukan mengada-ngada.
Anda sedang berjuang dengan sesuatu yang sukar dilihat oleh orang lain.
Dan jika anda mempunyai rakan yang menghidap OCD, jangan jadikan ia lawak ringan.
Seringkali, apa yang mereka perlukan hanyalah ruang yang selamat dan sokongan dari orang yang memahami.
Source






