Home Lifestyle Kesulitan Teknologi: Kisah Telefon Rosak Semalam

Kesulitan Teknologi: Kisah Telefon Rosak Semalam

55
0


Semalam telefon saya mengalami masalah. Keadaan menjadi sunyi, tangan saya terus berpusing-pusing, mencari apa yang mahu dilakukan. Saya berjalan ke kedai, mencari sesuatu yang pernah menjadi ‘nikmat kecil’ dalam hidup: majalah, komik, dan surat khabar.

Namun saya baru sedar bahawa Seven Eleven sudah tidak menjual majalah lagi. Rak sekarang dipenuhi dengan makanan pencuci mulut. Kedai buku yang dulunya dipenuhi majalah kini nampak kosong. Hanya tinggal sebaris dua majalah.

Surat khabar yang berharga RM2 pun semakin nipis… seolah-olah ingin memberitahu bahawa “aku masih ada”, tetapi menunggu masa untuk hilang.

Dulu, kita sering berdiri lama di hadapan rak, memilih Doraemon, Ujang, URTV, atau Mastika. Kita menyelak perlahan untuk memilih majalah mana yang ingin dibeli, kadang-kadang pemilik kedai menjeling seakan kita mahu membacanya tanpa bayar.

Hari ini, semua beralih ke skrin. Berita hanya di scroll. Komik ada dalam aplikasi. Majalah hanya tinggal kenangan.

Secara perlahan, kita menyedari bahawa yang hilang bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga suasana. Rak-rak yang suatu ketika penuh warna. Bunyi kertas diselak.

Akhirnya, akan tiba masanya kita merindui bau kertas, kerana rak-rak itu semakin kosong… dan yang tinggal hanyalah paparan digital.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here