Home Lifestyle Keselesaan Malas: Menangguhkan Rutin Penjagaan Diri

Keselesaan Malas: Menangguhkan Rutin Penjagaan Diri

54
0


“Malas nak cuci muka. Penat sangat sekarang. Esok pagi je la basuh.”

Adakah anda pernah menyatakan ini?
Tahniah! Anda baru sahaja memberi diri anda tiket VIP ke lokasi pembuangan wajah yang tidak terjaga.

Walaupun ia nampak remeh, namun apabila anda tidur dengan mekap (foundation, bedak, sunscreen) yang bercampur dengan minyak dan kotoran sepanjang hari, inilah yang berlaku di permukaan kulit anda secara mikroskopik:

1. Pesta Bakteria (Acne Party)
Mekap yang terperangkap di dalam pori-pori bercampur dengan minyak semulajadi kulit. Ia menjadi ‘simen’ yang menghalang pori daripada bernafas. Di sebalik ‘simen’ tersebut, bakteria P. acnes sedang berpesta. Akibatnya? Jerawat batu besar dan menyakitkan akan muncul dalam beberapa hari.

2. Penuaan Ekspres (Premature Aging)
Mekap menyimpan “radikal bebas” (kotoran pencemaran) di permukaan kulit. Sepanjang malam, radikal bebas ini merosakkan kolagen kulit anda. Kulit anda sepatutnya membaiki diri semasa tidur, tetapi sebaliknya ia diserang. Jangan terkejut jika garis halus dan kedutan muncul lebih awal dari usia sebenar.

3. Mata Boleh Rosak
Sisa maskara dan eyeliner yang keras berpotensi masuk ke dalam mata semasa tidur. Ia boleh mencederakan kornea atau menyebabkan jangkitan (Conjunctivitis). Bangun pagi dengan mata bengkak dan merah.

4. Bibir Jadi Kering & Gelap
Lipstick yang tidak dibasuh akan mengurangkan kelembapan bibir. Dengan masa, bibir akan pecah dan kehilangan warnanya yang asli.

Mohon, walau penat macam mana, “Double Cleansing” adalah keperluan.
Luangkan 3 minit untuk mencuci wajah sekarang, atau bakal menghabiskan ribuan ringgit untuk merawat wajah yang rosak di kemudian hari.

Keputusan di tangan anda.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here