Update Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Paris telah memutuskan bahawa arbitrator Sepanyol, Gonzalo Stampa, tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan “final award” berjumlah US$14.9 bilion.
Secara ringkas, keputusan tersebut tidak sah dan tidak bervalid, malah seharusnya dianggap tidak wujud. Malaysia juga telah menerima kos sebanyak €200,000, seperti membawa pulang kemenangan.
Apa yang lebih menarik, Stampa tetap meneruskan prosiding dan mengeluarkan anugerah bernilai bilion tersebut walaupun pelantikannya telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol. Ini menunjukkan bahawa keputusan yang diambilnya berat sebelah dan tanpa mandat, hingga para peguam antarabangsa menyebut kes ini sebagai “Sulu fraud”.
Malaysia telah konsisten menyatakan bahawa tiada sebarang perjanjian arbitrasi yang membolehkan kes ini dibawa ke luar negara. Oleh itu, tidak hairanlah Mahkamah Paris menolak tuntutan tersebut.
Dengan kemenangan terbaru ini, Malaysia telah menambah satu lagi kejayaan dalam siri kes undang-undang melawan kelompok yang berusaha untuk menuntut Sabah dan duit negara.
Namun, walaupun pelbagai kemenangan telah dicapai, perjuangan masih belum berakhir, kerana mereka mungkin cuba untuk membawa kes ini ke negara lain.
Apa pun, keputusan dari Paris ini membawa mesej yang jelas: tiada pihak yang boleh sesuka hati memeras Malaysia, apatah lagi menggunakan arbitrator yang tidak mempunyai kelayakan.






