Home Lifestyle Keperluan Modernisasi: Menggantikan Papan Kayu dengan Plastik yang Lebih Higenik

Keperluan Modernisasi: Menggantikan Papan Kayu dengan Plastik yang Lebih Higenik

2
0


“Min, papan kayu tu dah tak elok, nampak kotor. Ambil plastik yang lebih moden!”

Tapi tunggu! Sebelum anda buang papan kayu yang diwarisi dari mak anda, mari kita lihat apa pandangan sains mengenai ‘tempat pembiakan’ kuman di dapur.

Mana satu yang lebih selamat: KAYU atau PLASTIK? 🧐

1. Papan Kayu (The Bacteria Grave)
Kajian menunjukkan kayu keras (seperti Maple/Beech) mempunyai ‘kuasa’ istimewa. Bakteria yang masuk dalam serat kayu terperangkap dan akhirnya mati kerana kayu tersebut kering. Bakteria memerlukan kelembapan untuk membiak.
⚠️ SYARAT: Kayu mesti keras dan tidak retak.

2. Papan Plastik (The Groove Trap)
Plastik memang mudah dicuci dan boleh masuk dishwasher. TETAPI, penggunaan lama akan menyebabkan pisau membuat alur (grooves) dalam plastik. Alur inilah tempat bakteria ‘meriah’ kerana berus biasa sukar mengakses celah tersebut.

🚨 BONUS: Setiap kali anda memotong di atas plastik, terdapat risiko ‘mikroplastik’ akan masuk ke dalam makanan.

PERATURAN EMAS DAPUR PHM:

✅ ASINGKAN PAPAN: Satu untuk bahan mentah (Ayam/Ikan), dan satu untuk bahan sedia dimakan (Buah/Sayur/Roti). Elakkan pencemaran silang!

✅ TEKNIK CUCI: Gunakan Sabun + Air Panas + Gosok dengan kuat.

✅ KERINGKAN TEGAK: Jangan biarkan papan lembap di atas meja. Air = Kehidupan bagi kuman.

✅ TUKAR BILA PERLU: Jika plastik sudah ‘berbulu’ atau kayu retak banyak, sudah tiba masanya untuk membeli yang baru.

Kesimpulannya, tidak kira kayu atau plastik, yang paling penting adalah CARA anda mengendalikan papan tersebut. Papan mahal sekalipun jika dibersihkan dengan cara yang tidak betul, akan tetap menjadi ‘hotel’ kuman!


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here