Home Lifestyle Kenangan Patah Hati di Balik Kampung

Kenangan Patah Hati di Balik Kampung

61
0


Balik kampung, ada satu momen yang selalu buat hati merasa berat.

Bukan ketika menikmati makanan yang enak.
Bukan ketika ketawa bersama keluarga.
.
Tetapi saat hendak berangkat pulang.

Ibu dan bapa akan berdiri di depan rumah. Mereka menunggu sehingga kereta kita benar-benar hilang dari pandangan. Mereka tidak bergerak segera, kerana dalam fikiran mereka hanya satu: memastikan anak selamat dalam perjalanan.

Kita di dalam kereta pula, mata masih mencari cermin sisi. Mengintai secara diam-diam.

Di situ, ada lambaian yang semakin kecil.
Ada wajah yang semakin dimamah usia.
Ada pesan “jaga diri” yang tak sempat diucapkan sepenuhnya.

Jika anda masih mempunyai kesempatan, hargailah.
Peluk mereka dengan lebih lama sebelum pulang.
Cium tangan dan pipi mereka.
Minta doa dan restu.

Itulah haruman syurga yang suatu hari nanti akan menjadi kenangan.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here