Ketika tidur nyenyak, tiba-tiba betis terasa kaku seperti batu dan sangat menyakitkan!
Pernah mengalami perkara ini?
Kejang kaki atau dikenali sebagai ‘simpul mengkarung’ biasanya berlaku tanpa sebarang amaran. Ramai yang percaya ia disebabkan oleh “angin” atau “cuaca sejuk”, tetapi sebenarnya otot anda sedang memberi isyarat kecemasan.
Kejutan otot yang mengecut dengan tiba-tiba ini mempunyai pelbagai punca:
1. Dehidrasi
Kekurangan air dalam badan menyebabkan isyarat saraf ke otot terganggu.
2. Kekurangan Mineral
Kekurangan Magnesium, Potassium, atau Kalsium yang penting untuk fungsi otot.
3. Otot Terlampau Letih
Berdiri berpanjangan, berjalan terlalu jauh, atau berlebihan bersenam.
4. Posisi Statis
Tidur atau duduk dalam posisi tetap terlalu lama boleh mengganggu peredaran darah.
5. Masalah Peredaran Darah
Terjadi pada perokok tegar atau individu dengan masalah Diabetes.
6. Saraf Terhimpit
Masalah seperti Slip Disc atau saraf tertekan di leher atau belakang.
7. Kehamilan
Perubahan hormon dan tekanan pada kaki bagi wanita hamil.
Apa yang perlu dilakukan jika mengalami situasi ini?
✅ Regangkan otot dengan perlahan (Tarik hujung jari kaki ke arah badan).
✅ Urut kawasan yang sakit menggunakan minyak urut atau menggunakan suhu suam.
✅ Pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi.
Jangan biarkan kejang mengganggu rutin malam anda. Kenali puncanya dan ambil tindakan segera!
#PublicHealthMalaysia #KakiKejang #SimpulMengkarung
Source






