Banyak orang memilih untuk meneruskan dengan puasa 6. Bukan sekadar mengejar pahala, tetapi juga sebagai cara untuk mengimbangi kembali tabiat pemakanan yang mungkin sedikit terbabas semasa raya.
Puasa selepas raya dapat membantu kita kembali kepada rutin yang lebih teratur. Perut mempunyai kesempatan untuk berehat daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Selera makan juga menjadi lebih terkawal. Keinginan terhadap makanan manis dan berat biasanya berkurangan dengan perlahan-lahan. Selain itu, tubuh juga akan berasa lebih ringan apabila kita memulakan kembali disiplin dalam waktu makan.
Kadang-kala, tubuh kita tidak memerlukan program “detox” yang mahal. Yang diperlukan hanyalah berhenti seketika, mengambil masa untuk tenang, dan memberi peluang kepada tubuh untuk pulih.
Jika tubuh anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa selepas raya, mungkin inilah waktu yang tepat untuk memulakan puasa 6.
#PublicHealthMalaysia #Puasa6 #SihatSelepasRaya #JagaPemakanan
Source






