Home Hiburan “Kalau nak berharap kepada duit, saya memang tidak mampu…” – Syed Saddiq...

“Kalau nak berharap kepada duit, saya memang tidak mampu…” – Syed Saddiq menjelaskan bahawa Bella Astillah bukanlah seorang yang mementingkan material.

11
0


Tular di Threads tentang sebuah video siaran langsung yang menampilkan Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menarik perhatian netizen.

Dalam sesi tersebut, Syed Saddiq membicarakan tentang sifat Bella yang tidak memilih pasangan berdasarkan kekayaan, tetapi lebih mengutamakan kebaikan dan karakter.

“Itu bukan Bella, seratus peratus itu bukan Bella (bergantung pada duit). Dia lebih mementingkan kebaikan dan karakter yang baik sebagai keutamaan,” ujarnya.

“Kalau nak diharapkan kepada duit, saya memang tak mampu… maaf,” tambahnya dengan nada gurauan.

Sementara itu, Bella memberikan pendapat tentang fakta kehidupan yang tidak tetap dan betapa pentingnya nilai kebaikan dalam hubungan.

“Saya percaya, ramai yang memiliki banyak duit… saya memang ada kawan-kawan yang pernah kaya, tetapi kini tidak. Kehidupan tidak sentiasa berada di atas, kadang-kadang kita akan jatuh juga,” katanya.

“Itu sebabnya kebaikan itu sangat penting. Kebaikan adalah sesuatu yang akan kekal selamanya. Jika kita memilih orang kerana kekayaan, tapi dia tidak mempunyai budi pekerti, hidup kita akan menderita,” katanya.

Syed Saddiq turut menekankan bahawa kewangan bukanlah alasan untuk seorang lelaki mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here