Home Sukan Jawatankuasa Tatatertib AFC Kenakan Hukuman Dua Perlawanan kepada Pemain Kelab

Jawatankuasa Tatatertib AFC Kenakan Hukuman Dua Perlawanan kepada Pemain Kelab

3
0

SIARAN MEDIA: JAWATANKUASA TATATERTIB & ETIKA AFC MENJATUHKAN HUKUM PADA SKUAD HARIMAU MALAYA DI ATAS KESALAHAN MENURUNKAN PEMAIN TIDAK LAYAK

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima keputusan dari Jawatankuasa Tatatertib & Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bertemu pada Selasa, 17 Mac 2026, mengenai kes pelanggaran berkaitan penurunan pemain tidak layak.

Dalam mesyuarat yang dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa, Jahangir Baglari, didapati bahawa FAM telah melanggar Artikel 56 dalam Kod Tatatertib & Etika AFC. Pelanggaran tersebut berlaku dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 iaitu:

  1. Malaysia lwn Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac 2025, di mana Malaysia menang 2-0; dan

  2. Malaysia lwn Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025, di mana Malaysia menang 4-0.

Dengan itu, Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC memutuskan Malaysia diisytihar kalah 3-0 dalam kedua-dua perlawanan berkenaan, berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib & Etika AFC.

FAM juga dikenakan denda sebanyak AS$50,000 (RM196,119).

FAM akan mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan penjelasan mengenai keputusan tersebut sebelum memutuskan langkah seterusnya.

  • Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 17 Mac 2026.

Link ke nota lanjut

FAM #HarimauMalaya



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here