Home Lifestyle Inhaler Herba Thailand Ditarik Balik Akibat Pencemaran Mikroba

Inhaler Herba Thailand Ditarik Balik Akibat Pencemaran Mikroba

245
0

Inhaler Herba Popular Dari Thailand Tarik Balik Kerana Tercemar Mikroba

Banyak pelancong yang membawa pulang produk ini dari Thailand. Kecil dan wangi, ia memberikan rasa segar ketika disedut. Namun, penting untuk mengetahui bahawa Hong Thai Herbal Inhaler Formula 2 telah ditarik balik dari pasaran selepas tidak lulus ujian keselamatan oleh FDA Thailand.

Ujian makmal mendapati produk ini mengandungi bakteria dan kulat berbahaya, termasuk Clostridium spp., yang boleh menyebabkan jangkitan serius dalam paru-paru dan sistem pernafasan.

Menggunakan inhaler yang tercemar ini boleh membawa kepada:
• Batuk dan sesak nafas
• Jangkitan paru-paru (pneumonia)
• Reaksi alergi teruk pada pesakit asma
• Risiko jangkitan darah bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah

Produk ini dikenalpasti tercemar dengan Clostridium spp., yang walaupun jarang, boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru atau empisema dalam situasi tertentu, seperti pada warga emas atau mereka yang imun lemah.

📦 Batch terlibat:
No. 000332
Dikeluarkan: 9 Dis 2024
Luput: 8 Dis 2027

Di Malaysia, produk ini tidak berdaftar dengan NPRA (KKM), yang bermaksud tiada jaminan keselamatan dan tidak diluluskan untuk digunakan di negara ini.

Walaupun kelihatan “natural” atau “herba”, risiko tetap ada jika tidak melalui pengawasan makmal KKM. Jangan terpedaya dengan bau herba yang harum dan mengambil risiko yang boleh mengancam nyawa.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here