Usahawan terkenal, Haliza Maysuri, menjelaskan bahawa busana berharga RM185,000 yang dikenakannya pada majlis ulang tahun jenama tudungnya bukanlah untuk bermegah atau menunjukkan kekayaan.
RM185,000 untuk sebuah karya seni, bagaimana pandangan anda? Saya mengenakan busana istimewa rekaan RI Couture, yang dihiasi dengan kristal Swarovski untuk malam gala ulang tahun ke-27 Bawal Exclusive.
Harga busana ini RM185,000. Ia bukan untuk bermegah, tetapi untuk menghargai seni dan ketelitian serta hasil kerja tangan yang hebat.
Saya adalah rakan rasmi dan pembekal Swarovski. Saya sangat gembira dapat membantu pereka fesyen dan sesiapa yang mahu menghasilkan karya terbaik mereka.
Majlis gala ulang tahun ke-27 Bawal Exclusive berlangsung dengan meriah, turut dihadiri oleh rakan niaga, selebriti, dan tokoh industri fesyen tempatan.






