Cuaca sekarang memang begitu panas.
Jika ada tetamu datang beraya, tuan rumah tidak perlu risau sangat tentang menyediakan minuman berwarna-warni atau pelbagai pilihan minuman manis. Pada musim panas seperti ini, air kosong yang sejuk sudah cukup memberikan kesegaran.
Apabila tetamu tiba dan diberi segelas air kosong, itu sudah menjadi satu bentuk layanan yang menyenangkan. Dalam cuaca yang panas ini, air kosong bukan hanya sekadar hidangan, tetapi juga menunjukkan bahawa kita memahami kepenatan mereka.
#PublicHealthMalaysia #CuacaPanas #RayaSihat #AirKosong
Source






