Kuala Lumpur bukan hanya sebuah bandar yang kita lalui setiap hari. Di antara bangunan-bangunan bersejarah, lorong-lorong kecil, dan mercu tanda yang dikenali, terdapat kisah-kisah yang membentuk jati diri kita hari ini.
Melalui program Explore with Maxis, Maxis berupaya untuk menghargai warisan ini secara lebih intim dan peribadi yang dapat dialami oleh pelanggan mereka.
Maxis Cipta Pengalaman Eksplorasi yang Bermakna bagi Pelanggan
Explore with Maxis adalah satu siri penerokaan bandar yang dikhususkan untuk pelanggan Maxis, hasil kerjasama bersama Think City.
Peserta akan dibawa dalam lawatan bas interaktif ke kawasan Kuala Lumpur Lama, satu kawasan yang dipulihkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Warisan KL.
“Dengan Explore with Maxis, kami ingin menjadikan pengalaman menjelajah lebih mudah dan bermakna. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk menambah nilai kepada pengalaman harian melalui reka bentuk yang teliti,” jelas Loh Keh Jiat, Ketua Perniagaan Pengguna di Maxis.
Ia bukan sekadar lawatan bersantai, tetapi juga peluang untuk memahami dan menghargai warisan negara.
Cerita Bandar dengan Sentuhan Moden
Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong akan berkongsi pelbagai kisah menarik dari setiap lokasi yang dilawati.
Menariknya, pengalaman ini diperkaya dengan bantuan Miya, pembantu AI dalam aplikasi Maxis, yang memberikan maklumat tambahan, fakta budaya, dan cerita yang mungkin belum pernah kita dengar sebelum ini.
Di setiap lokasi yang dikunjungi, peserta juga akan menerima kemas kini mengenai tawaran Maxis di sekitar kawasan tersebut.
Bagi yang dapat mengumpul semua digital setem di setiap hentian, ganjaran misteri menanti, memberikan pengalaman seperti explorerace!
Laluan Ikonik dan Pengalaman Mendalam
Untuk Explore with Maxis, perjalanan akan dimulakan dari Menara Maxis (bagi mereka yang memilih untuk menaiki bas) dan melalui lokasi-lokasi terkenal seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek, dan Stadium Merdeka.
Setiap hentian menawarkan pelbagai aktiviti, seperti lawatan berasaskan berjalan kaki, pengalaman budaya, serta pengenalan seni dan masakan tempatan. Paling menarik adalah persembahan gamelan secara langsung dan sesi interaktif dramatik di beberapa hentian.
Eksklusif untuk Pengguna Maxis: Jom Terokai Kuala Lumpur!
Bagi pelanggan Maxis, lawatan bas imersif ini akan diadakan pada 20–21 Disember 2025 dan 3–4 Januari 2026.
Penyertaan adalah percuma dan eksklusif kepada pelanggan Maxis yang mendaftar.
Teroka Mengikut Cara Sendiri
Bagi pelanggan yang lebih suka menjelajah sendiri, aplikasi Maxis juga memberikan peluang untuk mengenali bandar dengan cara tersendiri.
Pengguna boleh menggunakan aplikasi Maxis dan berinteraksi dengan Miya, yang menceritakan kisah di sebalik setiap lokasi dengan cara audio yang memberikan pengalaman mendalam.
Kesedaran dan rasa bangga terhadap bandar sering bermula dengan kesempatan untuk mengenalinya semula.
Kini, Maxis mengajak pelanggan mereka untuk menjadi sebahagian daripada kisah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari sini.






