Baru-baru ini, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan khabar angin bahawa pempengaruh terkenal, Jule, kini sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Jefri Nichol kerana mereka dilihat menghabiskan waktu bersama di Bali, Indonesia.
Setelah gambar mereka bercuti bersama menjadi tular, muncul pula komen lama daripada Jule di video yang dikongsi oleh Jefri.
Dalam komen yang ditinggalkan pada 9 Mac 2021, Jule bertanya sama ada Jefri berminat untuk bercinta dengannya.






