Adakah craving akan berkurang jika kita ambil ubat cacing?
Tidak semudah itu.
Kita perlu faham bahawa tidak semua craving disebabkan oleh cacing, dan tidak semua yang mengalami selera makan yang berlebihan terdapat “penumpang” dalam usus mereka.
Mempercayai mitos ini memberikan jawapan yang terlampau ringkas kepada permasalahan yang sebenarnya lebih kompleks.
Sekiranya ada cacing dalam sistem usus, gejala yang lebih umum termasuk sakit perut, cirit-birit, gatal di kawasan dubur (terutama pada waktu malam), kurang selera makan, penurunan berat badan, keletihan, atau anemia. Ia tidak bermakna, “jika craving, mesti cacing.”
Malah, ada jenis jangkitan cacing yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan selera makan, bukan meningkatkan craving.
Craving yang biasa dialami sering berpunca daripada faktor lain:
- Kurang tidur
- Stres
- Pola pemakanan yang tidak teratur
- Fluktuasi tahap gula dalam darah
- Makan berasaskan emosi
- Kekurangan nutrisi tertentu
Contohnya, keinginan terhadap ais mungkin ada kaitan dengan kekurangan zat besi. Walaupun sesetengah jenis cacing boleh menyebabkan anemia, ia adalah hubungan yang tidak langsung; bukan berpunca dari “cacing yang mengidam.”
Oleh itu, jangan anggap ubat cacing sebagai penyelesaian cepat untuk mengawal selera makan, cravings manis, atau untuk menurunkan berat badan.
Ubat cacing adalah ubat, bukan cara pintas untuk diet.
Jika Anda mengalami gejala jangkitan cacing, sebaiknya rujuk ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan nasihat yang tepat. Jika masalah utama adalah craving yang berlebihan, kerap rasa lapar, fluktuasi berat badab, atau makan disebabkan emosi, puncanya mungkin tidak ada kaitan dengan cacing.
Kadang-kala, punca yang perlu diatasi bukan usus, tetapi tidur yang tidak teratur, stres yang berpanjangan, dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Jangan cari penyelesaian yang mudah. Cari jawapan yang tepat.






